Dalam pemakanan harian kita, flavonoid boleh didapati dalam pelbagai jenis buah-buahan, sayur-sayuran, teh, bijian, dan sebagainya, yang telah diklasifikasikan kepada lebih 4000 kompaun flavonoid. Walaupun flavonoid tidak dianggap sebagai vitamin, ia memiliki beberapa fungsi nutrisi yang diulaskan sebagai pengubahsuai tindakbalas biologi dalam badan, di mana kebanyakan daripadanya bertindak sebagai antioksidan. Ada pula yang bersifat anti-keradangan yang membantu mencegah atau membantutkan pembentukan tumor. Struktur flavonoid yang berbeza memberikan kesan fisiologi yang berbeza kepada organ tubuh. Contohnya, hawthorn meningkatkan kesihatan sistem kardiovaskular, beri biru menguatkan daya penglihatan, dan buah-buahan sitrus mengurangkan risiko jangkitan salur kencing, manakala anggur membantu dalam fungsi limpa dan hati. Buah anggur, bawang, bunga kobis, teh hijau dan sebagainya adalah sumber-sumber yang kaya dengan flavonoid dan perlu termasuk dalam pemakanan harian kita.
Flavonoid dilaporkan memiliki manfaat keksihatan yang luas, termasuk kapasiti antioksidan yang tinggi di mana ia menyekat aktiviti radikal bebas, mengurangkan pemperoksidaan lipid, melancarkan peredaran darah, membantu mencegah pengoksidaan lipoproteinberketumpatan rendah (LDL), justeru menurunkan tahap kolestrol yang tidak baik, mengurangkan insiden penyakit kardio-serebrovaskular dan melegakan simptom-simptom penyakit serebrovaskular. Flavonoid adalah 10 kali ganda lebih kuat berbanding vitamin E dalam fungsi pencegahan pengoksidaan, pencegahan degradasi sel dan penularan penuaan pramatang, serta berfungsi untuk mencegah kanser. Flavonoid memiliki sifat analgesik dan mampu mempercepatkan penyembuhan luka.
Seabuckthorn amat kaya dengan flavonoid yang terdiri daripada isoramnetin, isoramnetin-3-BD-glukosida, isoramnetin-3-B-rutinosida dan oligosida.
Flavonoid dalam seabuckthorn melegakan simptom miokardium iskemia, hiperlidemia dan sklerosis koronari dengan berkesan. Penyelidikan moden membuktikan bahawa seabuckthorn menguatkan fungsi imun, meningkatkan kesihatan kardio-serebrovaskular, memiliki kesan anti-tumor, menangani radikal bebas, melindungi sistem penghadaman, menggalakkan fungsi hematopoiesis dalam sel hematopoiesis, dan memiliki kesan anti-radiasi, anti-keradangan dan hipoalergenik.
Untuk maklumat lebih lanjut, sila lawati :
http://healthysne.wordpress.com.
http://kayasumbermineral.blogspot.com
http://likopena.blogspot.com
Atau e-mailkan ke sihat.sne@gmail.com atau hubungi 018-2588569.